Jangan bersedih wahai jiwa,
Sekiranya engkau beriman kepada Allah SWT,
Percaya kepada ketentuan qada' dan qadarNya,
Di sana pasti ada hikmah tersembunyi !
Janganlah bersedih wahai jiwa yang tenang,
Kerana bersangatan sedih itu membuatkan dirimu dinodai syaitan.
Janganlah bersedih wahai hati yang lara,
Kerana bersama engkau ialah Tuhan yang Maha Mendengar rintihan hamba-hambaNya.
"Ya Allah! Sesungguhnya aku hamba-Mu, juga anak hamba lelaki-Mu (ayahku) dan anak hamba perempuan-Mu (ibuku). Dahiku berada di tangan-Mu, Engkau bebas mengawal dan menentukan arahnya; kebaikan atau keburukan yang ditujunya. Sudah berlalu pada diriku keputusan-Mu. Sememangnya adil buat diriku apa jua ketentuan-Mu.
Justeru, aku memohon kepada-Mu dengan semua nama yang selayaknya buat-Mu; yang Engkau namakan dengannya diri-Mu, atau yang Engkau turunkannya dalam kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkannya kepada salah seorang daripada makhluk-Mu (Nabi Muhammad SAW) atau yang Engkau (sengaja) sembunyikan tentangnya di alam ghaib di sisi-Mu..
Supaya Engkau jadikan al-Quran sebagai musim bunga (berasa tenteram dalam) hatiku, cahaya di dadaku, keluar daripada belenggu kesedihan, dan penghilang kebimbanganku.”
Amin ya Rabb :')